Jerry Brown
Jerry Brown

Jerry Brown

Edmund Gerald "Jerry" Brown, Jr (lahir 7 April 1938) ialah seorang ahli politik Amerika Syarikat yang memegang jawatan sebagai Gabenor California ke-39 sejak 2011, beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Gabenor California ke-34[2] antara 1975-1983. Brown juga pernah bertugas dalam banyak jawatan baik di peringkat negeri, tempatan, dan parti. Beliau ialah ahli Dewan Pengawas Los Angeles Community College District (1969-1971), Setiausaha Negara Bahagian California (1971-1975), ketua Parti Demokrat California (1989-1991), Datuk Bandsr Oakland (1999-2007) dan Pendakwa Raya California (2007-2011).Brown berjaya dicalonkan Demokrat untuk pemilihan Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1976, 1980, dan 1992, dan beliau juga merupakan calon Demokrat untuk Senat Amerika Syarikat di California pada tahun 1982, namun tidak berjaya. Beliau ialah anak kepada Pat Brown, Gabenor California ke-32.